
Difahamkan ketika sakit, adiknya Aril juga turut dimasukkan ke wad yang sama kerana mengalami simptom yang sama. Izwan awalnya telah kembali pulih selepas mendapat rawatan namun kemudian telah dimasukan ke Hospital pada tengah malam kelmarin apabila mendapati mata dan kulitnya berubah berwarna kuning.
Allahyarham seterusnya telah mendapat alat bantuan life support daripada pihak hospital kerana keadaannya yang semakin kritikal sehinggalah menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Untuk info, Izwan Pilus pernah popular dengan lagu ‘Kembali Senyum’, sebuah lagu asal daripada drama Korea “Full House” yang diadun semula dalam versi Melayu.
Jenazah Allahyarham telah dibawa pulang ke kampung halaman, Melaka dan akan di kebumikan Tanah Perkuburan Islam Kampung Pelembang, Gubah, Melaka sekitar jam 11 pagi ini. Al=Fatihah .
No comments:
Post a Comment