Wednesday, February 22, 2012

Rabu,21.2.2012

Assalamaualaikum to all my friend :)

Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya saya diberi kesempatan untuk menulis Blog ini.Huhu,,Anyway this year 2012 sy trpksa mnghadapi UPSR ..jadi kurang mngmbil berat tntng hal2 sosial  cntohnye sberti berfesbuk dan chat dgn tmn2 yg lain...hem Dear Aisyah hrus mnghadap buku je...skrang Dear Aisyah hrus mnumpukan prhatian kpda plajaran..kpd tmn2 yg lain pun Dear Aisyah ucapkan Gud Luck ye.. Dear Aisyah harap dpt 5A dl Upsr tlog doakan Dear Aisyah ye..Jadi kpd yg lain bleh tlog follow blog dear aisyah?? Sorry template blogger Dear Aisyah x secantik blog2 tmn2 yg lain...Dear Aisyah akn cube cri template yg lain nnty...xsmpt nk tkar sbb buzy minggu ni dgn kelas tmbahan yg dianjur oleh pihak skulah..jdi Hnya Dear Aisyah smpaikan salam kpd tmn2 yg lain ..Bye ~~ Sedey :( Asslamualakum

 
♡ ღ ❥ ツ ✓ ♋ ٩(͡๏̯͡๏)۶

Thursday, January 26, 2012

Yusri KRU dan Lisa Surihani Bakal Naik Pelamin 25 Februari 2012?



Gossip bilakah majlis perkahwinan pasangan selebriti paling hangat ketika ini sudah bermula sejak mereka mengumumkan secara rasmi hubungan cinta mereka.
Dan, sejak akhir akhir ini semakin banyak khabar angin yang bergelar mencadangkan pasangan ini sudah semakin hampir untuk bergelar suami isteri.
Bermula dengan khabar yang konon’nya Astro telah membeli hak penyiaran eksklusif majlis perkahwinan Lisa Surihani & Yusry KRU Februari nanti.
Sehingga ke hari ini pihak Astro tidak mengeluarkan apa kenyataan menafikan atau mengiyakan khabar angin tersebut.
Kami ada maklumat tambahan, beberapa hari lalu seorang yang memang rapat dengan industri hiburan memberitahu yang Putrajaya International Convention Centre (PICC) telah di’tempah pada Februari 2012 untuk majlis perkahwinan pasangan Lisa Surihani & Yusry KRU.
Portal hiburan GUA semalam berjaya menjumpai sehelai kertas dengan isi kandungan perancangan majlis perkahwinan paling gah 2012 — di’kawasan sekitar pusat penyiaran Astro.
Menurut satu sumber lagi melalui Twitter memberikan kami kenyataan penuh tanda tanya yang mengatakan pasangan Lisa Surihani & Yusry KRU bakal naik pelamin pada 25 Februari 2012 nanti.
Di’sini kami hanya menyatukan beberapa fakta atau khabar angin yang berlegar sekitar gossip majlis perkahwinan Lisa Surihani & Yusry KRU. Kenyataan sebenar hanya tuan badan sahaja yang tahu. Mahu jawab

Fakta Menarik Tentang Tidur..Zzzz..

tidur
“Tahukah anda bahawa tidur mempunyai fungsi yang lebih dari sekadar mengistirahatkan tubuh saja. Kurang tidur boleh menbuatkan memori otak terganggu bahkan sampai tahap boleh bunuh diri. Jadi? Penelitian menemukan bahawa tidur tidak hanya melindung memori dari pengaruh luar tapi juga membantu menguatkannya. Mereka yang kurang tidur dikatakan mempunyai hormon stres, kortikosteron yang lebih tinggi. Hormon inilah yang mengganggu reproduksi sel di otak orang dewasa.”

Read more about Fakta Menarik Tentang Tidur on:
http://faktafaktamenarik.com/fakta-menarik-tentang-tidur.html?utm_source=INK&utm_medium=copy&utm_campaign=share&

Apakah Berlaku Jika Bongkah Ais Mencair?

bongkah_ais_pada_cerun_gunung_2


Adakah bongkah ais kutub dalam bahaya mencair dan menyebabkan aras laut meningkat? Ini boleh berlaku tetapi tiada siapa yang tahu bila ia akan berlaku.

Kawasan paling banyak diliputi ais adalah di Antartika (Khutub Selatan) dengan kira-kira 90 peratus ais di Bumi dan 70 peratus air tawar.

Antartika diliputi dengan purata 2,133 meter tebal dan jika ais di Antartika mencair aras laut di Bumi akan meningkat kira-kira 60 meter tetapi purata suhu di Antartika adalah -37 darjah celcius, maka ais tidak mungkin mencair.

Malah kebanyakan kawasan berkenaan tidak pernah mengalami suhu lebih daripada paras beku.

Pada bahagian lain Bumi, Khutub Utara, ais tidak setebal di Khutub Selatan dan ais terapung di Lautan Artik dan jika ia mencair paras laut tidak memberikan kesan.

Ini merupakan amuan yang berkaitan dengan ais yang meliputi Greenland yang boleh bertambah sehingga tujuh meter kepada aras lautan jika ia mencair.

Oleh kerana Greenland lebih dekat dengan khatulistiwa berbanding Antartika, suhunya lebih tinggi dan ais di sana mudah mencair.

Siantis dari London dan Edinburgh berkata ais hilang di Antartika dan Greenland menyumbang kira-kira 12 peratus peningkatan air aras laut.

Sumber : estidotmy, Utusan Malaysia, 24 Jun 2009

Wanita Lahir Bayi Berkepala 2 di Brazil

Bayi berkepala 2



“Menurut doktor, bayi berkenaan sihat dan kedua-duanya sudah mula berfungsi secara normal. Wanita berusia 25 tahun itu yang tinggal di kawasan pedalaman Para, tidak menjalani pengimbasan ultra- sound sepanjang kehamilannya dan hanya mengetahui mengenainya beberapa minit sebelum melahirkan kandungannya pada awal pagi Isnin lalu. Pengarah hospital, Claudionor Assis de Vasconcelos, memberitahu akhbar O Povo, wanita berkenaan mengambil keputusan untuk ke hospital kerana mengalami sakit perut yang teruk.“Apabila doktor menjalankan pengimbasan terhadapnya, mereka mendapati bayi dalam kandungan itu mempunyai dua kepala dan kelahiran biasa membahayakan si ibu dan juga anaknya. “Proses pembedahan mengambil masa sejam kerana kepala bayi itu berada di atas. “Walaupun berdepan dengan masalah kerana hospital kami kecil dan terletak di kawasan pedalaman, kami berjaya menyelamatkan si ibu dan anak. Itu yang menjadi matlamat kami. “Dan bagi kami, ia sesuatu yang mengejutkan untuk mendapati bayi itu sihat,” kata de Vasconcelos.Menurutnya, wanita itu tidak menunjukkan sebarang keresahan selepas mengetahui anaknya berkepala dua. “Bayi berkepala 2 itu disambut gembira oleh keluarganya. Si ibu menyusukan kedua-dua mulut bayinya yang berada sepanjang masa dengannya di dalam bilik. Dia ingin membawa pulang bayi itu terus ke rumah,” katanya. Wanita berkenaan dibawa dengan ambulans udara semalam ke sebuah hosptal pakar di Belem, ibu negeri Para, untuk menjalani pemeriksaan lanjut.Mereka dijangka dibenarkan pulang, minggu ini. Ini adalah kali kedua bayi berkepala 2 dilahirkan di Brazil tahun ini. Sebelum ini, Sueli Ferreira, 27, melahirkan bayi berkepala dua di negeri Paraiba tetapi ia meninggal dunia beberapa jam kemudian kerana satu daripada kepala itu tidak menerima oksigen secukupnya.”

Read more about Bayi berkepala 2 on:
http://faktafaktamenarik.com/bayi-berkepala-2.html?utm_source=INK&utm_medium=copy&utm_campaign=share&

Hotel 15 Tingkat Siap Dalam Enam Hari

Hotel Siap Dalam 6 Hari
 

“KEPESATAN ekonomi China telah membolehkan negara itu berkembang sebagai antara negara paling pesat membangun dalam tempoh 20 tahun. Lebih membanggakan negara itu kini berada di kedudukan kedua sebagai kuasa ekonomi dunia di belakang Amerika Syarikat (AS). Kepesatan ekonomi negara itu menyumbang ke arah pembangunan yang lebih ketara dan kita sendiri melihat hampir kesemua bandar utamanya sudah dipenuhi bangunan pencakar langit. Kini negara itu boleh berbangga sebagai sebuah negara pembina terpantas di dunia apabila berjaya membina bangunan dalam tempoh yang singkat.”




AYAT PENERANG HATI DAN PELEMBUT HATI UNTUK ANAK-ANAK




AYAT PENERANG HATI DAN PELEMBUT HATI UNTUK ANAK-ANAK!

طه (١) مَآ أَنزَلۡنَا عَلَيۡكَ ٱلۡقُرۡءَانَ لِتَشۡقَىٰٓ (٢) إِلَّا تَذۡڪِرَةً۬ لِّمَن يَخۡشَىٰ (٣) تَنزِيلاً۬ مِّمَّنۡ خَلَقَ ٱلۡأَرۡضَ وَٱلسَّمَـٰوَٲتِ ٱلۡعُلَى (٤) ٱلرَّحۡمَـٰنُ عَلَى ٱلۡعَرۡشِ ٱسۡتَوَىٰ (٥)

♪♫♪.¸¸.♪♫♪ Itu sahaja dari saya ♪♫♪.¸¸.♪♫♪

KEAJAIBAAN CIPTAAN ALLAH!~

 

Setakat ini, kami hanya menerangkan makhluk-makhluk yang dapat kamu lihat di sekeliling kamu. Bagaimanapun, terdapat makhluk yang kita jarang lihat di sekeliling kita, melainkan di dalam buku atau televisyen. Makhluk-makhluk ini juga mempunyai ciri-ciri sangat istimewa. Kami akan menerangkan sebahagian daripadanya. Baca semuanya dengan teliti, pasti kamu akan terperanjat, dan dalam masa yang sama kamu akan berkata, "Betapa indahnya ciptaan Allah". 





BAGAIMANA PENGUIN DAPAT HIDUP DI SEBUAH BENUA BEKU DI KUTUB SELATAN?
Penguin hidup di bahagian kutub planet kita. Keadaan unik kawan kutub ini ialah ia amat sejuk dan sentiasa ditutupi dengan salji dan ais. Cuacanya terlalu sejuk hingga membentuk glasier di bawah laut. Sekarang, fikirkan kesejukan yang orang-orang alami ketika bermain bola salji di musim sejuk. Mereka merasa sejuk walaupun mereka memakai baju bulu, kot, topi, sepasang kasut dan skaf. Ketika mereka bermain bola salji, suhunya hanya sekitar 10 darjah selsius bawah paras beku. Penguin pula hidup di tempat yang suhunya rendah sehingga 400 C bawah paras beku.
Tambahan pula, penguin tidak mempunyai kot, baju bulu atau sarung tangan, dan mereka tinggal di tempat yang jauh lebih sejuk daripada tempat kita. Mereka berjalan di atas ais tanpa kasut dan mereka tidak pula jatuh sakit. Mereka tidak mempunyai rumah. Mereka tidur di atas ais. Jika kamu berbaring di atas ais selama beberapa minit, kamu pasti akan jatuh sakit. Tetapi, tiada apa-apa yang berlaku kepada penguin, mengapa?
Kerana Allah telah menjadikan mereka sedemikian rupa sehingga membolehkan mereka hidup di sebuah persekitaran yang sejuk. Badan penguin dan sifat-sifatnya amat berbeza daripda tubuh kita. Kerana itu, ia dapat hidup di dalam cuaca paling sejuk tanpa sebarang kesukaran.
Allah telah membaluti tubuh penguin dengan sekeping lapisan lemak yang tebal, supaya ia tidak merasa sejuk. Lapisan lemak ini melindunginya daripada merasa sejuk, dan bertindak sebagai kulit. Sedangkan, lapisan lemak di sekeliling tubuh kita amat nipis dan kerana itulah kita mudah merasa sejuk. Sebab itu juga kita perlu memakai pakaian tebal ketika cuaca sejuk.
Penguin mempamerkan kesetiaan yang hebat kepada telur dan anak-anaknya. Penguin mengeram telurnya ketika cuaca sangat sejuk. Tidak seperti makhluk lain, bukan penguin betina yang mengeramkannya tetapi si jantan. Penguin betina hanya bertelur sebiji dan kemudian meninggalkannya kepada penguin jantan. Ia berjalan jauh untuk mendapatkan makanan kepada suami dan anaknya. Kerana mereka dikelilingi ais dan salji, ia perlu berjalan jauh untuk mendapatkan makanan.
Penguin jantan mengeram telurnya selama empat bulan penuh. Ia membawa telur ini di antara kedua kakinya dan sepanjang empat bulan ini, ia sekali pun tidak pernah meninggalkan telur ini. Jika ia melakukannya, telur tersebut akan membeku dan mati di dalam beberapa minit sahaja.
Penguin jantan ini begitu sabar, sehinggakan sepanjang empat bulan ini ia bergerak dengan telur berada di antara kedua kakinya. Kerana itulah ia tidak dapat berburu dan dan sentiasa lapar. Cuaca sangat sejuk. Jika cuaca menjadi terlalu sejuk, penguin-penguin jantan akan berkumpul bersama walaupun mereka mambawa telur di kaki mereka. Mereka menghampiri satu sama lain, membentuk bulatan, dan dengan cara ini, dapat memanaskan diri mereka. Mereka bertukar kedudukan supaya penguin yang berada di luar bulatan akan merasa panas juga. Apabila telur tersebut hampir menetas, ibu penguin pulang daripada berburu. Ia memberi makan kepada anak kecilnya dengan makanan yang disimpan di dalam temboloknya. Untuk mencegah bayi tersebut daripada kesejukan, ibu bapanya membawanya di antara kaki mereka dan memanaskan badannya dengan tubuh mereka. Seperti yang kamu lihat, Allah telah mengurniakan makhluk hebat ini beberapa sifat yang mengkagumkan. Allah menjadikan penguin badan yang dapat melindungi dirinya daripada kesejukan, dan menjadikannya begitu taat setia. Kerana mereka amat dedikasi, mereka memelihara anak-anak mereka. Sifat-sifat ini telah diberikan kepada penguin berjuta-juta tahun dahulu. Penguin yang hidup dahulu dan kini tidak berubah walaupun sedikit dari segi kesetiaannya.








Wednesday, January 25, 2012

Kata-kata Motivasi Untuk Belajar

SUNGGUHKAH mawar tumbuh di datar,
Kalau datar mana alunnya,
Sungguhkah kata kamu belajar,
Kalau belajar mana pandainya?

Post ini saya tujukan khas buat adik-adik pelajar kita terutama kepada mereka yang agak kureng sedikit motivasi belajar.
Sebagai seorang pelajar, memang sudah menjadi tanggungjawab kita untuk belajar. Masalah dengan ‘tanggungjawab belajar’ ini ialah kita kekadang menjadi lali dengannya. Manakan tidak, ia sudah menjadi rutin harian selama berbelas-belas tahun.
Ia sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan. Jadi sudah tidak begitu terasa yang ianya merupakan satu tanggungjawab. Ia lebih kepada – pergi ke sekolah, bawa buku, jumpa guru, jumpa kawan dan balik rumah. Hidup seharian sahaja.
Hanya sesekali apabila musim peperiksaan tiba, baharulah sedikit terasa perlunya belajar. Malangnya, motivasi untuk belajar pula tidak sekuat mana. Abang sama sekali tidak menyalahkan adik-adik. Ia memang hampir tidak terasa suatu tugas. Hehee..
Kepada adik pelajar yang ingin menaikkan semula motivasi belajar, berikut beberapa kata-kata motivasi belajar untuk menaikkan semula semangat belajar adik-adik..
1. 95% kejayaan tergantung pada mindset. Mindset dibentuk dari pembelajaran.
2. Tumbuh itu adalah ciri-ciri makhluk hidup. Berkembang adalah ciri-ciri seorang manusia. Berkembang itu pula dimulai dari belajar.
3. Murid yang mempersiapkan diri dengan senjata informasi akan selalu memenangi pertempuran.
4. Tiada istilah gagal, yang ada hanya kejayaan atau belajar.
5. Satu-satunya yang menghalang kita adalah keyakinan yang salah dan sikap yang negatif.
6. Belajar dari pengalaman adalah guru yang paling baik. Jatuh pada lubang yang sama adalah suatu kebodohan.
7. Belajarlah berdiri dahulu sebelum cuba untuk berlari.
8. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh dan malas.
9. Belajar ketika letih adalah membuang masa.
10. Kerjakanlah lebih dari bayaran kamu dan kamu akan dibayar lebih dari yang kamu kerjakan.
11. Sulit jadinya bila kamu harus, tetapi mudah jadinya bila kamu ingin.
12. Gunakan akal kamu seolah-olah nyawa kamu bergantung kepadanya.
13. Ciri orang yang beradab ialah dia sangat rajin dan suka belajar, dia tidak malu belajar daripada orang yang berkedudukan lebih rendah darinya.
14. Jika kamu berhasrat untuk berjaya, jangan hanya memandang ke tangga tetapi belajarlah untuk menaiki tangga tersebut.
15. Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul.
Demikianlah koleksi motivasi untuk belajar yang sempat abang kumpulkan. Semoga ianya sedikit sebanyak menaikkan motivasi belajar adik-adik dan meniupkan semangat. Selamat belajar dan semoga meraih kejayaan yang diimpikan.
Sila tinggalkan komen di bawah dan terima kasih kerana membaca post ini.

Izwan Pilus kembali ke Rahmatullah

 Abang kepada Aril AF7 yang juga seorang penyanyi iaitu Izwan Pilus, 33, menghembuskan nafas terakhirnya semalam jam 6.13 petang di Hospital Ampang, Selangor. Difahamkan, arwah meninggal dunia akibat jangkitan kuman termasuk bakteria dalam darah kerana kencing tikus.

Difahamkan ketika sakit, adiknya Aril juga turut dimasukkan ke wad yang sama kerana mengalami simptom yang sama. Izwan awalnya telah kembali pulih selepas mendapat rawatan namun kemudian telah dimasukan ke Hospital pada tengah malam kelmarin apabila mendapati mata dan kulitnya berubah berwarna kuning.

Allahyarham seterusnya telah mendapat alat bantuan life support daripada pihak hospital kerana keadaannya yang semakin kritikal sehinggalah menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Untuk info, Izwan Pilus pernah popular dengan lagu ‘Kembali Senyum’, sebuah lagu asal daripada drama Korea “Full House” yang diadun semula dalam versi Melayu. 

Jenazah Allahyarham telah dibawa pulang ke kampung halaman, Melaka dan akan di kebumikan Tanah Perkuburan Islam Kampung Pelembang, Gubah, Melaka sekitar jam 11 pagi ini. Al=Fatihah .

~Tips Untuk Kekuatan Minda~



Seorang pemenang tidak akan mudah mengalah tetapi seorang pengalah tidak akan pernah menang. 
(Vince Lombardi)

Kejayaan berkait rapat dengan tindakan. Mereka yang berjaya akan terus mara ke hadapan. Mereka membuat kesilapan tetapi tidak pernah berputus asa.
(Conrad Hilton)
Bekerjalah seperti anda tak perlukan wang. Mencintailah bagaikan anda tidak pernah disakiti. Menarilah bagaikan tak seorang pun yang sedang menonton anda.(Mark Twain)
Jangan lihat masa lampau dengan penyesalan. Dan jangan pula lihat masa depan dengan ketakutan. Tetapi lihatlah sekitar anda dengan penuh kesedaran.
(James Thurber)

Untuk membahagiakan orang lain, isilah tangannya dengan kerja, hatinya dengan kasih sayang, fikirannya dengan tujuan, ingatannya dengan ilmu yang bermanfaat, masa depannya dengan harapan dan perutnya dengan makanan.
(Frederick E. Crane)

Kita seharusnya diajar untuk tidak menunggu inspirasi untuk memulakan sesuatu. Tindakan selalu melahirkan inspirasi. Sedangkan inspirasi jarang diikuti dengan tindakan.
(Frank Tibolt)

Tidak banyak gunanya memberitahu orang lain tentang kesulitan anda, separuh dari mereka tidak peduli, sedang separuh yang lain hanya senang mendengarnya.(Brenda French)

Ujian bagi seseorang yang berjaya bukanlah pada kemampuannya untuk menyelesaikan masalah, tetapi kesabarannya pada waktu dia menghadapi dan menyelesaikan masalah itu.
(David J. Schwartz)

Bagi beberapa orang, berfikiran negatif merupakan satu kebiasaan. Seiring dengan waktu yang berlalu ia akan berubah menjadi satu tabiat. Seperti penyakit ketagihan arak dan dadah. Ramai orang yang menderita akibat penyakit ini kerana tabiat negatif terhadap jiwa, tubuh, dan perasaan. Begitulah kalau sesuatu itu sudah menjadi satu kebiasaan.(Peter McWilliams)

Dalam kehidupan kita sehari-hari, kita dapat melihat bahawa bukan kebahagiaan yang membuat kita berterimakasih, tetapi rasa terima kasihlah yang membuat kita bahagia.(Albert Clarke)

Kerendahan hati disandarkan kepada kekuatan bukannya kelemahan. Mengakui kesalahan dan melakukan perubahan ke atas kesilapan adalah satu bentuk penghormatan tertinggi pada diri sendiri.
(John Mccloy)

Keinginan manusia adalah umpama duit syiling kecil yang dibawanya di dalam sebuah beg. Semakin banyak yang dimilikinya semakin ia memb(Satya Sai Baba)

Tanda-tanda Kiamat~



Hudzaifah bin As-yad al-Ghifary berkata, sewaktu kami sedang berbincang, tiba-tiba datang Nabi Muhammad S.A.W kepada kami lalu bertanya, "Apakah yang kamu semua sedang bincangkan.?"

Lalu kami menjawab, "Kami sedang membincangkan tentang hari Kiamat." Sabda Rasulullah S.A.W. "Sesungguhnya kiamat itu tidak akan terjadi sebelum kamu melihat sepuluh tanda :  
  1. Asap
  2. Dajjal
  3. Binatang melata di bumi
  4. Terbitnya matahari sebelah barat
  5. Turunnya Nabi Isa A.S
  6. Keluarnya Yakjuj dan Makjuj
  7. Gerhana di timur
  8. Gerhana di barat
  9. Gerhana di jazirah Arab
  10. Keluarnya api dari kota Yaman menghalau manusia ke tempat pengiringan mereka.

Dajjal maksudnya ialah bahaya besar yang tidak ada bahaya sepertinya sejak Nabi Adam A.S sampai hari kiamat. Dajjal boleh membuat apa saja perkara-perkara yang luar biasa. Dia akan mendakwa dirinya Tuhan, sebelah matanya buta dan di antara kedua matanya tertulis perkataan 'Ini adalah orang kafir'.

Asap akan memenuhi timur dan barat, ia akan berlaku selama 40 hari. Apabila orang yang beriman terkena asap itu, ia akan bersin seperti terkena selsema, sementara orang kafir pula keadaannya seperti orang mabuk, asap akan keluar dari hidung, telinga dan dubur mereka.

Binatang melata yang dikenali sebagai Dabatul Ard ini akan keluar di kota Mekah dekat gunung Shafa, ia akan berbicara dengan kata-kata yang fasih dan jelas. Dabatul Ard ini akan membawa tongkat Nabi Musa A.S dan cincin Nabi Sulaiman A.S. Apabila binatang ini memukulkan tongkatnya ke dahi orang yang beriman, maka akan tertulislah di dahi orang itu 'Ini adalah orang yang beriman'. Apabila tongkat itu dipukul ke dahi orang yang kafir, maka akan tertulislah 'Ini adalah orang kafir'.

Turunnya Nabi Isa. A.S di negeri Syam di menara putih, beliau akan membunuh dajjal. Kemudian Nabi Isa A.S akan menjalankan syariat Nabi Muhammad S.A.W.

Yakjuj dan Makjuj pula akan keluar, mereka ini merupakan dua golongan. Satu golongan kecil dan satu lagi golongan besar. Yakjuj dan Makjuj itu kini berada di belakang bendungan yang dibangunkan oleh Iskandar Zulqarnain. Apabila keluarnya mereka ini, bilangannya tidak terhitung banyaknya, sehingga kalau air laut Thahatiah diminum nescaya tidak akan tinggal walau pun setitik.

Rasulullah S.A.W telah bersabda, "Hari kiamat itu mempunyai tanda, bermulanya dengan tidak laris jualan di pasar, sedikit saja hujan dan begitu juga dengan tumbuh-tumbuhan. Ghibah menjadi-jadi di merata-rata, memakan riba, banyaknya anak-anak zina, orang kaya diagung-agungkan, orang-orang fasik akan bersuara lantang di masjid, para ahli mungkar lebih banyak menonjol dari ahli haq"

Berkata Ali bin Abi Talib, Akan datag di suatu masa di mana Islam itu hanya akan tinggal namanya saja, agama hanya bentuk saja, Al-Qur'an hanya dijadikan bacaan saja, mereka mendirikan masjid, sedangkan masjid itu sunyi dari zikir menyebut Asma Allah. Orang-orang yang paling buruk pada zaman itu ialah para ulama, dari mereka akan timbul fitnah dan fitnah itu akan kembali kepada mereka juga. Dan kesemua yang tersebut adalah tanda-tanda hari kiamat."

Sabda Rasulullah S.A.W, "Apabila harta orang kafir yang dihalalkan tanpa perang yang dijadikan pembahagian bergilir, amanat dijadikan seperti harta rampasan, zakat dijadikan seperti pinjaman, belajar lain daripada agama, orang lelaki taat kepada isterinya, menderhakai ibunya, lebih rapat dengan teman dan menjauhkan ayahnya, suara-suara lantang dalam masjid, pemimpin kaum dipilih dari orang yang fasik, oarng dimuliakan kerana ditakuti akan tindakan jahat dan aniayanya dan bukan kerana takutkan Allah, maka kesemua itu adalah tanda-tanda kiamat."

Bila mak kata dia teringat, kita jawab kita sibuk sangat.
... » Bila ayah kata dia rindu, kita jawab nantilah hujung minggu.
» Bila mak minta kita pulang, kita jawab kita belum lapang.
» Bila ayah minta kita singgah, kita jawab kerja kita belum selesai.
» Bila hati kita terguris, kita kata “Mak memang tak pernah faham”.
... » Bila hati kita terhiris, kita kata “Ayah memang tak ambil kisah”.

Tetapi

» Bila hati mak kita terguris, mak kata “Tak apa, dia masih muda”.
» Bila hati ayah kita terhiris, ayah kata “Tak apa, belum sampai akalnya”.
» Bila kita menagis tanda lapar, mak berlari bagai hilang kaki.
» Bila kita merintih tanda derita, ayah bersengkang mata bagaikan tiada lena.
» Bila kita sedih kerana gagal, mak setia membekalkan cekal.
» Bila kita pilu kerana kecewa, ayah teguh berkata dia tetap bangga.

:(

Monday, January 16, 2012

Hargailah sebuah persahabatan kerana di situlah terjadinya sebuah perkenalan;
Hargailah sebuah perkenalan kerana di situlah terjadinya sebuah pertemuan;
Hargailah sebuah pertemuan kerana di situlah terjadinya sebuah perpisahan; Hargailah sebuah perpisahan kerana di situlah terjadinya sebuah kenangan;
Hargailah sebuah kenangan kerana di situlah terjadinya sebuah kerinduan;
Hargailah sebuah kerinduan kerana itulah kurniaan Tuhan...
A short and meaningful story : 

Pencil: I'm sorry
Eraser: For what? You didn't do anything wrong.
Pencil: I'm sorry because you get hurt because of me. Whenever I made a mistake, you're always there to erase it. But as you make my mistakes vanish, you lose a part of yourself. You get smaller and smaller each time.
Eraser: That's true. But I don't really mind. You see, I was made to do this. I was made to help you whenever you do... something wrong. Even though one day, I know I'll be gone, I'm actually happy with my job. So please, stop worrying. I hate seeing you sad. :)

Our Parents are like the eraser whereas we children are the pencil. They're always there for their children, cleaning up their mistakes. Sometimes along the way... they get hurt, and become smaller (older, and eventually pass on).

Take care of your parents and treat them with kindness. plz "Share" A:/

Like and share ;)
“✔ Sayang ALLAH SWT Syurga terbuka ツ
✔ Sayang RASUL menjauh neraka ツ
✔ Sayang AGAMA elak petaka ツ
✔ Sayang IBU jangan derhaka ツ
✔ Sayang AYAH elak di murka ツ
✔ Sayang IMAN amal di rangka ツ
✔ Sayang HATI berbaik sangka ツ
✔ Sayang ILMU tiada pusaka ツ
✔ Sayang NYAWA usah diteka ツ
✔ Sayang HARTA pada ketika ツ
✔ Sayang SAUDARA membalut duka ツ
✔ Sayang KEKASIH semaikan suka ツ
✔ Sayang SAHABAT sanggup terluka ツ
✔ Sayang KAWAN maniskan muka ツ

♥ Sayang satu ucapan yang mudah disebut tapi biarlah dengan keikhlasan. ♥
♥ Ingatlah sentiasa kepada Allah yang memberi rezeki dan kenikmatan. ♥
♥ Sesungguhnya tanpa kasih Sayang-Nya siapalah kita disisi Allah” ♥

~selamat menunaikan solat magrib~

~admin_Z